Tuesday, 17 January 2012

Pantun & Lagu Rakyat



PANTUN DAN LAGU RAKYAT YANG DIOLAH KEMBALI LIRIKNYA BERSESUAIAN DENGAN PERKEMBANGAN MELAYU HARI INI........Nikmatilah dan fikir-fikirkanlah.
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Mata dah kabur rambut beruban sudah
Disko dangdut dia pergi juga

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan
Dia budak baru belajar
Dapat anak tolong buangkan

Pisang emas di bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Tiket konsert RM 100 pun dia bayar
Ceramah agama free aje dia buat tak reti

Buai laju-laju
Sampai pucuk sena
Apa dalam baju
Dadah dan marijuana

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bertepuk ramai-ramai
Siang malam minum samsu

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Sorong tangan tarik tangan
Terima rasuah orang tak tahu

Sabda Nabi Muhammad s.a.w "Barangsiapa memulai perbuatan buruk, maka ia memikul dosa perbuatannya dan dosa orang yang mengikut pekerjaannya (mencontohinya) sampai datang hari kiamat".

No comments:

Post a Comment